2019 MINGGU BAHASA

    Pada minggu ke-19 dan ke-20, iaitu pada 6 Mei hingga 17 Mei, SJKC Kepong 1 telah mengadakan MINGGU BAHASA. Minggu Bahasa bertujuan menggalak murid banyak menggunakan Bahasa Melayu dan memberi sokongan kepada murid-murid yang mahir dalam Bahasa Melayu. 

    Dalam Minggu Bahasa, pihak sekolah telah mengadakan beberapa program dan pertandingan. Untuk murid-murid tahap 1, pertandingan bina ayat, benyanyi dan bercerita telah diadakan. Manakala pertandingan tatabahasa dan syarahan telah dijalankan untuk murid-murid tahap 2.

       Bawah ialah sedikit gamabar tentang Pertandingan Bernyanyi tahun 1 dan Pertandingan Becerita tahun 2. Terdapat banyak murid yang mahir dan fasih bertutur dalam bahasa melayu.
Dari pertandingan, guru-guru dapati murid-murid dapat menguasai tatabahasa dan intonasi Bahasa Melayu dengan baik.

    Selain itu, guru bahasa melayu juga dapat mencari murid-murid yang berbakat dan berpotensi dalam bercerita dalam Bahasa Melayu atau bernyanyi lagu Bahasa Melayu.


Pemenang-pemenang Pertandingan Bercerita Tahun 2


    
Murid Tahun 2 sedang bercerita dengan pegerakan yang sesuai.



    Guru-guru berasa senang hati dan gembira dapat mendengar murid-murid tahap 2 dapat mempersembahkan syarahan dengan intonasi dan pergerakan yang memuaskan. Terdapat murid-murid tahap 2 yang berpotensi dan berbakat dapat menyembahkan syarahannya dengan menarik dan senang difahami. Guru-guru berasa gembira.



Comments