Pada 4 Oktober 2019, sekolah kita telah mengadakan Pertandingan Syarahan Tahun 6. Pertandingan telah disertai banyak murid tahun 6 yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Murid-murid tahun 6 semua hadir dan mendengar dengan teliti di bawah pentas. Peserta-peserta telah banyak bersedia untuk pertandingan ini. Mereka mencari pelbagai maklumat, melatih cara dan intonasi berbahas dan mempersembahkan syarahan dengan betul dan menarik. |