2019 HARI SUKAN NEGARA

Pada hari ini, 16 Oktober 2019, SJKC Kepong 1 telah mengadakan "HARI SUKAN NEGARA". Program ini adalah diadakan oleh setiap sekolah di dalam Malaysia pada hari yang sama. 

    Program ini diadakan untuk menggalakkan murid-murid bersukan dan aktid dalam pelbagai aktiviti, sukan atau persatuan. Visi dan misi pendidikan Malaysia dalam abad ke-21 adalah untuk membentukkan murid atau warga negara yang seimbang dalam pelbagai aspek. 

    Dalam program ini, semua murid perlu bersukan. Guru-guru memimpin murid-murid bersenam di tapak aktiviti pada pagi ini. Guru-guru mengadakan senam robik yang menarik dan bersemangat. Murid-murid melibatkan diri dengan aktif dan gembira. Aktiviti ini dijalankan selama satu jam lebih lalu murid-murid balik ke kelas untuk menruskan PdP.

    Program ini dijalankan dengan lancar dan bermakna. Murid-murid suka dan melibatkan diri dengan gembira. 










Comments